Sunday, May 9, 2010

Satar & Otak-otak

 Satar
Alkisahnya, pagi Jumaat yg lepas, ke rumah sepupu dah lama tk menjenguk dia. Kebetulan langkah kanan, dia ade beli satar dan otak-otak, sakan la makan. Sampaikan terlupa nak snap pic meratapi satar fresh tu. Kat sini saya kongsi kan bahan-bahan untuk buat satar dan otak-otak. Bolelah cuba


  • 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
  • 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  • 8 biji buah keras
  • 2 cm halia, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 150 g kelapa parut putih
  • garam
  • 1/2 camca gula
  • 1 camt belacan
  • 2-3 biji lada merah, dicincang
  • 1-2 camt serbuk lada
  • 1 helai daun salam, dimayang
  • 1 helai daun kunyit, dimayang
  • Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  • Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara-cara:

  1. Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
  2. Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
  3. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
  4. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
  5. Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.
  
Otak-otak


 Bahan-bahan:

1 kg ikan tenggiri di ambil isinya
1 biji kelapa parut
6 biji cili merah ditumbuk
5 batang serai ditumbuk
3 cm kunyit hidup ditumbuk
1 gram jintan manis ditumbuk
1 helai daun kunyit dihiris halus
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun kelapa
Lidi secukupnya

Cara Membuat:

1. Isi ikan dipotong kecil-kecil.
2. Ambil semua bahan kecuali daun kelapa dan gaulkan dengan garam sehingga rata.
3. Ambil isi ikan dan gaulkan dengan bahan tumbuk yang digaul rata.
4. Masukkan ikan ke dalam daun kelapa dan klipkan dengan lidi.
5. Buat sehingga habis dan bakar di atas bara sehingga masak.

Sumber: Majalah Rasa Januari 2003

0 comments: