Tuesday, June 1, 2010

Seman oh Semanggg...

Orang Pantai Timur taulah kuih ni..nama Seman. Bukan nama orang yer. Aku pun tak sure jgk mcmne dapat nama Seman tu. Insyallah, aku ku kaji suatu hari nanti yer. Kuih ni macam candy, berjurai2 color pink pastu ditabur tepung. Manis rasanya.

Haaaa..ni lah kuihnya. Totally taste like cotton candy and ultra sweet.

Monday, May 31, 2010

Seketika di Seberang Takir

Kat sini aku nak kongsi satu cerita mengenai kampung yang aku tinggal sekarang.


Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), sebab tiada jambatan lagi pada masa itu, manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh. Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan.

Jomlah, kita layan dulu pic yang diambil dikala petang hari..
dari Kg Batin
 perahu-perahu nelayan
 nelayan membaiki pukat
 pokok nipah
 
  perahu nelayan
  pemandangan dari Seberang Takir
 Nun di sana Riyaz Heritage
 Jeti penambang
 Pose with Aimi
 Penampang Seberang Takir

Sunday, May 30, 2010

Kuih Tradisi ; Tepung Bungkus

Tepung bungkus merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa.Kuih ini dibungkus dengan daun pisang. 

Bahan-Bahan:
  1. 1 cawan tepung beras
  2. 2 cawan santan cair
  3. ½ biji kelapa muda parut
  4. 1 keping gula melaka 
  5. Sedikit tepung pulut
  6. Sedikit garam
  7. 10 keping daun pisang, potong persegi bujur     

    Bahan-bahan Inti :

    Kelapa muda disira dengan nisan hingga kering untuk dijadikan inti. Pada masa kini terdapat juga orang yang menggunakan gula merah bagi menggantikan manisan tradisional nisan ini. Bulatkan sebesar ibu jari. Golekkan di atas tepung pulut.
    Bancuh tepung beras dengan santan cair atas api sederhana dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak dan jangan biar ia berkepala (berketul).
    Ambil daun pisang dan bubuh dua sudu tepung separuh masak tadi. Atur tiga biji inti dan tutup semula dengan dua sudu tepung separuh masak.
    Tutup dengan daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya. Kukus hingga masak.





    Tepung bungkus yang masih berbungkus dengan daun pisang.
     Tepung bungkus dengan inti kelapa,sedia dimakan.

Laksam Terengganu

Ini salah satu lagi makanan orang Terengganu. Namanya laksam. Dimakan dengan kuah santan, ulam-ulaman serta sedikit belacan, garam halus & cili boh.

Bahan-bahan membuat laksam :
2 cawan tepung beras
4 cawan air
1/2 sudu kecil air kapur
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan 10 minit.
2. Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus.
3. Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak (adunan akan terangkat menggelembung bila masak)
4. Angkat dan gulung kemas-kemas. Buat hingga abis adunan.
5. Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuangkan kuah ke atasnya.
6. Campurkan sedikit garam halus, cili boh serta belacan sebagai penambah perisa..

Bahan untuk kuah :
4 ekor ikan kembong/ selayang
1 sudu makan lada hitam
5 ulas bawang merah
1 biji kelapa (diambil santan)
2 keping asam keping
sedikit garam

Cara-cara :
1.Ikan kembung dibersihkan, direbus.
2. Toskan, ambik isi ikan dan ditumbuk/dikisar hingga lumat
3. Tumbuk/kisar bawang merah dan lada hitam hingga lumat
4. Masukkan bahan tumbuk dan santan kedalam periuk, asam keping dan garam. Masak sehingga mendidih.

Bahan ulam:
Daun Kesum / kacang panjang/ timun/ daun selasih/ daun kemangin/ taugeh dsbnya

Tuesday, May 25, 2010

Manisan Kampung @ Nissang

Manisan kampung ni sebenarnya adalah salah satu bahan yang boeh digunakan untuk membuat makanan @ kuih muih. Di kalangan orang luar, dikenali sebagai 'Gula Melaka'. Tapi, orang Terengganu panggil 'Nissang'..sekadar yang diketahui lah, manisan ni diperbuat dari air nira kelapa, dimasak dan diletak dalam acuan. Butiran lanjut, boleh KLIK kat sini...

Monday, May 24, 2010

Nasi Dagang

Hari semalam (org Ganu ckp 'maren') cuti. Plan nak pekena nasi dagang, dah lama dah tak makan. Pagi2, terjah kat makcik kat Seberang Takir ni. Kalau lewat2 tak sempat plak, abis..kempunan. So, pekena 2 bungkus nasi (1 untuk Mr. Suami) serta kuih muih untuk Aimi. Licin...

 Nasi, lauk ikan aya (tongkol) dan acar timun. Sedap dibungkus dengan berlapik daun pisang..aroma gitu

Perpustakaan Awam Negeri Terengganu

Cerita hari Sabtu yg lepas, bawa Aimi jalan2 dan singgah jap kat library awam. Selalunya bole dikatakan setiap Sabtu datang ke sini. Maklumat lanjut mengenai nya, bole KLIK kat sini..

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Jalan Kemajuan, Padang Hiliran, 
21572 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6221100/ 6220052    Fax : 09- 6221534


Pandangan hadapan bangunan
dari sisi (on the way to Jambatan Sultan Mahmud)
pandangan dari tempat letak kereta
ruang legar
sudut pameran ( model : Aimi sibuk searching)
jgk ade kafeteria, nun di sana
Pusat Bahasa Terengganu

Thursday, May 20, 2010

Bepang Pulut

Salah satu lagi makanan kudapan orang Terengganu. Bepang ni diperbuat dari pulut dan nissan (gula melaka).. rasanya rangup.

Telur...penyu

Sekarang ni, asyik citer pasal makan jer ye. Takper2.Trg ni kan kaya dgn makanan2 yg takde kat negeri lain. So, kali ni nak kenalkan dengan satu lagi yg menjadi pujaan pelancong bila mai sini. Telur...bukan sebarangan telur, telur penyu. Sedap dimakan, harga nya berpatutan dan kualiti nya fresh..banyak dijual di Pasar Payang. 

sedap dimakan setelah direbus..slurrrrrrrrpppp

Laksa Terengganu

Petang semalam, bawa Aimi jalan2 sambil ke Pasar Malam Seberang Takir. Cari punya cari apa yang perlu diisi oleh perut ni, terjumpalah dgn laksa. Tapi rupa laksa ni dgn kuah merah@masak org Trg panggil. Di dalam nya ade sedikit ulam2 , cili boh, belacan n garam. Ada jugak laksa dimakan dengan kuah putih. Kiranya ini one of the peberet aku lah..Rasa nya untuk kali ni....ermmm,bole bg 2 ** ( 2 bintang) jer la. Sebab kuah nyer sedikit pedas. Banyak tul komplen..hehehe

Wednesday, May 19, 2010

The Best in Terengganu

Ermmmm..bila tgk tajuk entri ni macam best jer..apalagi kalau yang best kat sini..keropok la. Keropok ni ada dua jenis. Satu yang basah dan satu lagi yang kering. Sedap dimakan dengan sos. Di Terengganu ni, tak susah nak cari kerepok. Merata2, ada dijual. Pilih saja yang mana berkenan di mata.

keropok lekor (basah)
makcik yang steady dgn keropok lekor at Pasar Payang
keropok kering

Bazar Warisan

Okey, meh nak citer sket....kat sini ade sedikit info mengenai Bazar Warisan
MEMILIKI reka bentuk menarik dan berhampiran Pasar Besar Kedai Payang dan Bukit Puteri, Bazar Warisan kini menjadi tumpuan pelancong yang pertama kali berkunjung ke Terengganu.

Mula dibuka Julai tahun ini, bazar yang dibina dengan kos RM18.4 juta di Jalan Sultan Zainal Abidin, kompleks perniagaan ini terletak di pinggir Kuala Terengganu, sejajar dengan matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan kota ini sebagai bandar raya persisiran air.

Tambah menarik, reka bentuk kompleks tiga tingkat ini mempamerkan seni bina tradisional Terengganu. Sehingga kini, ia menempatkan pelbagai gerai pengusaha seni warisan tradisional termasuk sutera, batik, songket, tembaga dan cenderamata.

Bersebelahan bazar ini, pengunjung dapat melihat pemandangan indah Bukit Puteri yang menyimpan peristiwa penting dalam sejarah negeri ini. Menara pemerhati dan meriam lama yang masih dipulihara dengan baik, boleh dilihat apabila anda mendaki ke puncak bukit itu.

Pembinaan lif dan tangga bergerak dapat memudahkan orang ramai untuk naik ke tingkat dua dan tiga bangunan itu. Ruang pejalan kaki yang luas juga boleh memberi keselesaan kepada orang ramai untuk bergerak bersama keluarga.

Selepas penat berjalan, orang ramai boleh berehat seketika di beberapa wakaf tempat duduk di hadapan bazar itu. Ada pengunjung mengambil kesempatan bergambar kenangan di beberapa sudut bangunan ataupun menghala ke Bukit Puteri menerusi laluan di tingkat tiga bangunan.

Di tingkat tiga juga, pengunjung boleh menyaksikan keindahan muara Sungai Terengganu. Dari sini, Pulau Duyong yang menjadi lokasi utama penganjuran sukan layar antarabangsa, Piala Monsun dan bot kecil yang berulang-alik ke Kampung Seberang Takir (kampung saya duduk skrg le)


Pasar Payang

Pasar Payang ni merupakan pasar pusat bagi negeri Terenggan. Ianya terletak di tepi Sungai Terengganu. Merupakan salah satu destinasi atau tempat pelancongan yang wajib anda kunjungi apabila berkunjung ke negeri ini. Apa yang istimewanya dengan pasar ni yer??? macam macam ada, contohnya pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain2 and barangan logam serta buah buahan & sayur-sayuran yang segar.Tidak ketinggalan jugak makanan tradisional tempatan boleh dibeli disini, terutamanya kerepok.
  OOOpppsss, sebelum terlupa, nak bagitau ni..apa sebenarnya maksud PAYANG tu ek??? Menurut sejarah, (kemungkinan asalnya dari nama perahu Payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar yang ada di sini. 

Pintu masuk
di dalam
di antara produk jualan ~ makanan
buah buahan
 
batik sutera
tudung pun ade jgk..

Setakat ini dulu misi ke Pasar Payang..lain kali cerita lagi yer

Tuesday, May 18, 2010

Beka Nyior & Akok Labu

Salah satu daripada makanan Terengganu; beka nyior @ orang luar panggil bingka kelapa muda. Kuih ni sedap dimakan panas2. Boleh dimakan bila2 masa ajer. Akok labu ni jarang lah dengar. Ni pun first time jgk, sepupu yang belikan aritu. Ermmm, bole tahan sedap jgk..

 Yang warna agak gelap tu, akok nyior & yang kekuningan akok labu

Tuesday, May 11, 2010

Seketika di Waterfront Pulau Duyung

Pulau Duyung sememangnya terkenal dgn pertandingan Moosun Cup setiap tahun. Berhampiran nye (bersebelahan) terdapat satu tempat untuk bersantai @ lebih dikenali dgn Waterfront lah. Sebab kedudukannya betul2 di tepi sungai Duyung. Kebiasaannya menjadi kunjungan warga setempat sebab jarang sekali org luar datang melepak. Melainkan kalau musim sekarang ianya menjadi tumpuan peminat2 kaki candat, yang mana di sini merupakan salah satu jeti berlepas untuk pergi mencandat sotong. Dari sini, kita boleh nampak pemandangan sebahagian bandaraya Kuala Terengganu dengan jelasnya.


Tepung Bunga

Sebenarnya 'Tepung Bunga' tu sejenis kuih tradisional. Ianya seangkatan dengan Jala Mas, Tahi Itik, Mas Sejemput dan yang lain lain tu. Breakfast pagi tadi dengan kuih ni..



Bahan-bahan:
500 gram tepung pulut
3 biji telur ayam
2 cawan air
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
 
Cara Membuat:
  1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga membentuk doh. Bentukkan doh sebesar guli dan leperkan .
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur  dalam bekas dan pukul rata.
  3. Celupkan adunan tepung tadi dalam bancuhan telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak.
     
     

Bubur Caca

Ini pun salah satu makanan kegemaran saya gak. Namanya bubur caca. Senang jer buatnyer, kuahnya sama macam bubur manisan lain cuma isinya dibuat dari tepung gamdum. Kalau negeri2 lain, lebih kepada colourful. Ade jgk cha cha yang dah siap dijual, cuma balik rebus jer. Kalu nak sedap ag, letak sagu, ubi keledek...nyum nyummm
Inilah rupanya...

Rojok Kateh

Alkisahnya dari kes berpuasa. Dah lama teringin nak makan rojok kateh. On the way back dari opis, singgah le kat kedai kuih muih. Konon nak cari sejenis dua lah kuih nya, sebagai pemanis la. Alih2 terjumpa lah dia ni...rojok kateh. Macam best jer. Ermmm, try jer la.
8.00pm ~ Lepas berbuka, sambil2 layan berita..pekena rojok kateh. Boleh tahan jgk la rasanya. Kalau ada sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah...try.

 Inilah rupanya..kateh tu sebenarnya asal dari kaki lembu

Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu. Ia merupakan urat keting lembu/ kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya.
Urat ini kemudiannya akan diambil dan dipotong kepada bahagian- bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada.
Pada kebiasaannya, ia lebih banyak dibuat pada Hari Raya Aidiladha kerana mudah mendapat kaki dari lembu korban.

Bahan-bahan:
Kaki lembu/kerbau
air secukupnya utk merebus

Bahan-bahan untuk Kuah (Sukatan mengikut citarasa sendiri)
Cili kering ~ rebus & kisar halus
Gula nisan/gula melaka ~ masak dengan air hingga larut
Garam secukup rasa
Gula pasir jika perlu
Cuka secukup masam

Cara Membuat:
1. Bersihkan kaki lembu dengan air dari segala kekotoran.
2. Sediakan bara api untuk membakar kaki lembu. Bakar kaki hingga hangus/hingga bulu-bulu halusnya terbakar. Kikis bahagian terbakar/bahagian hitam hingga bersih.Jika masih ada bulu-bulu yang tinggal bakar lagi dan kikis lagi. Proses ini perlu dibuat berulang kali hingga semua bulu-bulu pada kaki lembu tidak kelihatan. Caranya sama kikis dengan menggunakan pisau/parang kecil. Buang bahagian tapak kaki lembu yang keras dan hanya ambil bahagian yang lembut/rawan sahaja. Apabila kaki lembu sudah cukup bersih dan nampak putih (nampak isi dalamnya), hiris/lapah bahagian kulit/keting yang lembut itu hingga semuanya tanggal dari tulangnya termasuk bahagian rawan di tapak kakinya. Kemudian bahagian yang dihiris tadi dihiris pula halus2 memanjang anggaran 1 1/2 inci panjang.
3. Hirisan kulit/keting lembu tadi dibasuh dari habuk-habuk yang melekat dan tapis kemudian direbus dengan air yang banyak sehingga betul2 lembut dan kembang (ambil masa yang lama). Selepas direbus ia akan mengembang dan akan nampak jadi lebih banyak dari kuantiti asalnya. Apabila sudah lembut,tuangkan air rebusan tadi dan tapis kulit lembu tadi.
4. Dalam periuk yang lain,  masukkan air, air gula nisan, cili kisar, cuka dan garam secukup rasa hingga mendidih. Masukkan kulit lembu tadi dan masak hingga mesra. Rasakan apa yang kurang & boleh tambah mengikut citarasa sendiri. Rojak Kateh mesti ada rasa masam, pedas, manis & masin.

Sumber:http://shw.mamawandiha.fotopages.com/

Monday, May 10, 2010

Penginapan di Kuala Terengganu

Kalau dah berjalan ke negeri orang, tentu terfikir kat mana nak tidur yea. Ini, Info berguna untuk semua, penginapan yang ada di negeri Terengganu kite!!


Jalan Persinggahan
20400 Kuala Terengganu
Tel :09-6222100

Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Tel :09-6222122

Lot 1640, Jalan Hiliran (Balik Bukit)
20100 Kuala Terengganu
Tel:09-6236454

Jalan Sultan Zainal Abidin
Daerah 8
20000 Kuala Terengganu
Tel:09-6251888

Felda Residence Kuala Terengganu
Jalan Hiliran,
20400 Kuala Terengganu
Tel: 09-6321111

Sumai Suite Hotel & Apartments
Lot 4479, Jalan Persinggahan,
Batu Buruk, Kuala Ibai,
20400, Kuala Terengganu
Tel:09-631 0033
30 Jalan Tok Lam
20100 Kuala Terengganu
Tel:09-6235288

Batu Buruk Beach resort
No 906-A Jalan Pantai Batu Buruk
20400 Kuala Terengganu
Tel :09-6221410

Lot 2135 Batu Rakit
Mengabang Lekor
21020 Kuala Terengganu
Tel:09-6695910

S-5 Wisma Tenang
20000 Kuala Terengganu
Tel:09-6310888

Bukit Pak Apil
Cabang Tiga
20300 Kuala Terengganu
Tel:09-6233823

Grand Paradise 
Jalan Tok Lam
20100 Kuala Terengganu
Tel :09-6228888

Hotel KT Mutiara
67 Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
Tel:09-6222655

Sri Terengganu Hotel
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
Tel:09-6234622

Hotel Kenangan
No. 65, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
Tel:09-6222688

Mini Indah Hotel
60A, Jalan Sultan Zainal Abidin
20000 Kuala Terengganu
Tel :09-6229053



Meh Blajo Bahasa Terengganu

Askm..bersua lagi kita. Cewahh..ala2 cikgu bahasa kan. Arini, cikgu nak ajak kawan-kawan join blajo bahasa Ganu..kat sini disiarkan bahasa yang menjadi perbualan harian..rutin. Jom!!!!

abih -- habis
babir (ba-bay) - degil, tak mendengar kata 
bahang - pukul i.e. kena bahang - dipukul
bakpe - mengapa
bang - azan 
belebe (bur-lair-bair) - bebel
bekeng - garang 
bising bangor - bising yang amat sangat 
bowok - bawa
buak - buat 
buwi - beri
cakna - ambil hirau, ambil tahu 
dakpe - tidak mengapa 
dinun - di sana
dok - tidak
dok dang - tidak sempat
dok leh - tidak boleh
dok pah - tidak lulus
dok rok - letih, tidak bertenaga
dok soh@dok soh beng - tak perlu, jangan
dok ske - tidak sangka
dok wie - tidak bagi 
gohek - memandu (asal dari 'go ahead')
gong - sombong, ego
guane(v. ga'na) - bagaimana 
hok - yang, yang mana, i.e. hok saya royak arituh- yang mana saya bagi tahu hari itu 
Jabir - plastik atau karung yang besar 
jambang - tandas 
jambu golok - buah gajus 
ka'bo - beritahu
kalu - kalau 
kekgi - sekejap lagi
kelih(keleh) - lihat
lening - sekarang 
maring (org. kelmarin)- semalam 
punoh - rosak 
rohok - susah, payah 
sokmo - sentiasa, selalu 
tak mboh - tidak mahu 
tohok - buang
tubik - keluar 
wak lolok - tipu
  

Demikianlah sebahagian daripada bahasa Ganu yang sentiasa digunakan. Sekian, terima kasih.

Sunday, May 9, 2010

ALLAH..Peliharakanlah Terengganu

Mercu tanda negeri Terengganu..