Sunday, May 9, 2010

Satar & Otak-otak

 Satar
Alkisahnya, pagi Jumaat yg lepas, ke rumah sepupu dah lama tk menjenguk dia. Kebetulan langkah kanan, dia ade beli satar dan otak-otak, sakan la makan. Sampaikan terlupa nak snap pic meratapi satar fresh tu. Kat sini saya kongsi kan bahan-bahan untuk buat satar dan otak-otak. Bolelah cuba


  • 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
  • 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  • 8 biji buah keras
  • 2 cm halia, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 150 g kelapa parut putih
  • garam
  • 1/2 camca gula
  • 1 camt belacan
  • 2-3 biji lada merah, dicincang
  • 1-2 camt serbuk lada
  • 1 helai daun salam, dimayang
  • 1 helai daun kunyit, dimayang
  • Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  • Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara-cara:

  1. Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
  2. Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
  3. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
  4. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
  5. Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.
  
Otak-otak


 Bahan-bahan:

1 kg ikan tenggiri di ambil isinya
1 biji kelapa parut
6 biji cili merah ditumbuk
5 batang serai ditumbuk
3 cm kunyit hidup ditumbuk
1 gram jintan manis ditumbuk
1 helai daun kunyit dihiris halus
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun kelapa
Lidi secukupnya

Cara Membuat:

1. Isi ikan dipotong kecil-kecil.
2. Ambil semua bahan kecuali daun kelapa dan gaulkan dengan garam sehingga rata.
3. Ambil isi ikan dan gaulkan dengan bahan tumbuk yang digaul rata.
4. Masukkan ikan ke dalam daun kelapa dan klipkan dengan lidi.
5. Buat sehingga habis dan bakar di atas bara sehingga masak.

Sumber: Majalah Rasa Januari 2003

Masjid Kristal

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.
Maklumat lanjut boleh didapati di sini..Taman Tamadun Islam (TTI)

Waterfront Pulau Kambing

Salah satu tempat lepak untuk orang ramai. Pinggir bandar dari Kuala Terengganu. Dalam 5 minit je la. Ada tempat makan, tempat mainan, juga boleh digunapakai untuk trek jogging..pemandangan yg sangat cantik,especially dikala matahari terbenam..
Berdua menyelusuri (kelihatan Felda Residence yang berdiri gah)
Kedamaian..dikala senja berlabuh

Monsun Cup 2009

Entri ni dah yg tahun lepas punye acara. Saja nak tunjukkan yang Terengganu ni ade big event macam ni. International level u..layan jer la gambar ni yer. 
 Kapal-kapal pertandingan
Berpanas, bersemangat
Salah satu booth pameran kereta mewah

NR Cafe

Tempat makan ni one of the our favorite locasion kat Trg ni. Lokasi nyer dekat dgn Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Ada macam2 menu, tempatan @ western. Kat sini yg best nyer (yg dah pernah makan) tomyam, makanan laut bakar (ikan @ sotong), masak 3 rasa, masam manis. Klu yg western nye, Chicken Chop Black Pepper. Air plak, air nyior+aiskrim....ermmmmmmmmm licin.
Signboard
Air Nyior+aiskrim
Ikan bakar
Penuh meja

Thursday, May 6, 2010

Lagi Pantai Batu Buruk

Entri ni masih panas, ujung minggu pegi lepak2 ambik angin..
untuk tatapan, nanti upload lg yer

Masjid Terapung

Gambar ni diambil pada waktu malam..so, suasannyer malap lah sedikit, nanti saya p ambik siang hari ye. 
Tapi, masih nampak cantik dan unik

Monday, May 3, 2010

Pantai Batu Pelanduk

Pantai ni dah dekat sangat dah dgn umah mak sedara aku ni. Depan jalan nk masuk simpang, sebelum ke Kg. Baru Kuala Abang. Cantik tempatnya,ramai org lepak2 dan berkelah.Kami pun join lepak jap.
Menurut mak sedara, nama Batu Pelanduk tu sempena batu tu berbentuk seperti kepala pelanduk..
Nun di sana, Pulau Tenggol..ayah sedara cakap cantik,tapi kami belum ada kesempatan lagi ke sana
pemandangan pantai
with Aimi cuk..
Mr. Suami pun pose

Rantau Abang

Satu ketika dulu, tempat ni memang popular dengan penyu. Sekarang pun still ade lagi penyu yang naik kat sini. Kalau ade yang berminat untuk tengok penyu bertelur, boleh lah ctc kat sini..Turtle Sanctuary Tour Package
Mercu tanda..ade penyu
kat bawah sana pantai, time lalu ni ade acara kat pantai. tk singgah lama, coz masih lagi hari masih lagi panas

Marang

Tempat best dan cantik yang kami drop, Pantai Kelulut Marang..cantik, kalau dari sini bole nampak Pulau Kapas. Kalau nak ke sana, bole naik bot dari jeti Marang. 
Ni signboardnya..Pantai Peranginan Kelulut, Marang. Spoil tul, ade org dating
itu...Pulau Kapas,seronok ni kalau berkelah beramai2 sambil menikmati keindahan, dituipi angin sepoi2
Suasana malam di Medan Selera Kelulut, Marang..kat sini macam2 makanan laut yang segar2 lagi
On the way back dr Dungun, kat persimpangan Marang. Replika sotong. Mercu tanda hasil tangkapan laut