Tuesday, June 1, 2010

Seman oh Semanggg...

Orang Pantai Timur taulah kuih ni..nama Seman. Bukan nama orang yer. Aku pun tak sure jgk mcmne dapat nama Seman tu. Insyallah, aku ku kaji suatu hari nanti yer. Kuih ni macam candy, berjurai2 color pink pastu ditabur tepung. Manis rasanya.

Haaaa..ni lah kuihnya. Totally taste like cotton candy and ultra sweet.

Monday, May 31, 2010

Seketika di Seberang Takir

Kat sini aku nak kongsi satu cerita mengenai kampung yang aku tinggal sekarang.


Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), sebab tiada jambatan lagi pada masa itu, manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh. Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan.

Jomlah, kita layan dulu pic yang diambil dikala petang hari..
dari Kg Batin
 perahu-perahu nelayan
 nelayan membaiki pukat
 pokok nipah
 
  perahu nelayan
  pemandangan dari Seberang Takir
 Nun di sana Riyaz Heritage
 Jeti penambang
 Pose with Aimi
 Penampang Seberang Takir

Sunday, May 30, 2010

Kuih Tradisi ; Tepung Bungkus

Tepung bungkus merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa.Kuih ini dibungkus dengan daun pisang. 

Bahan-Bahan:
  1. 1 cawan tepung beras
  2. 2 cawan santan cair
  3. ½ biji kelapa muda parut
  4. 1 keping gula melaka 
  5. Sedikit tepung pulut
  6. Sedikit garam
  7. 10 keping daun pisang, potong persegi bujur     

    Bahan-bahan Inti :

    Kelapa muda disira dengan nisan hingga kering untuk dijadikan inti. Pada masa kini terdapat juga orang yang menggunakan gula merah bagi menggantikan manisan tradisional nisan ini. Bulatkan sebesar ibu jari. Golekkan di atas tepung pulut.
    Bancuh tepung beras dengan santan cair atas api sederhana dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak dan jangan biar ia berkepala (berketul).
    Ambil daun pisang dan bubuh dua sudu tepung separuh masak tadi. Atur tiga biji inti dan tutup semula dengan dua sudu tepung separuh masak.
    Tutup dengan daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya. Kukus hingga masak.





    Tepung bungkus yang masih berbungkus dengan daun pisang.
     Tepung bungkus dengan inti kelapa,sedia dimakan.

Laksam Terengganu

Ini salah satu lagi makanan orang Terengganu. Namanya laksam. Dimakan dengan kuah santan, ulam-ulaman serta sedikit belacan, garam halus & cili boh.

Bahan-bahan membuat laksam :
2 cawan tepung beras
4 cawan air
1/2 sudu kecil air kapur
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan 10 minit.
2. Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus.
3. Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak (adunan akan terangkat menggelembung bila masak)
4. Angkat dan gulung kemas-kemas. Buat hingga abis adunan.
5. Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuangkan kuah ke atasnya.
6. Campurkan sedikit garam halus, cili boh serta belacan sebagai penambah perisa..

Bahan untuk kuah :
4 ekor ikan kembong/ selayang
1 sudu makan lada hitam
5 ulas bawang merah
1 biji kelapa (diambil santan)
2 keping asam keping
sedikit garam

Cara-cara :
1.Ikan kembung dibersihkan, direbus.
2. Toskan, ambik isi ikan dan ditumbuk/dikisar hingga lumat
3. Tumbuk/kisar bawang merah dan lada hitam hingga lumat
4. Masukkan bahan tumbuk dan santan kedalam periuk, asam keping dan garam. Masak sehingga mendidih.

Bahan ulam:
Daun Kesum / kacang panjang/ timun/ daun selasih/ daun kemangin/ taugeh dsbnya

Tuesday, May 25, 2010

Manisan Kampung @ Nissang

Manisan kampung ni sebenarnya adalah salah satu bahan yang boeh digunakan untuk membuat makanan @ kuih muih. Di kalangan orang luar, dikenali sebagai 'Gula Melaka'. Tapi, orang Terengganu panggil 'Nissang'..sekadar yang diketahui lah, manisan ni diperbuat dari air nira kelapa, dimasak dan diletak dalam acuan. Butiran lanjut, boleh KLIK kat sini...

Monday, May 24, 2010

Nasi Dagang

Hari semalam (org Ganu ckp 'maren') cuti. Plan nak pekena nasi dagang, dah lama dah tak makan. Pagi2, terjah kat makcik kat Seberang Takir ni. Kalau lewat2 tak sempat plak, abis..kempunan. So, pekena 2 bungkus nasi (1 untuk Mr. Suami) serta kuih muih untuk Aimi. Licin...

 Nasi, lauk ikan aya (tongkol) dan acar timun. Sedap dibungkus dengan berlapik daun pisang..aroma gitu

Perpustakaan Awam Negeri Terengganu

Cerita hari Sabtu yg lepas, bawa Aimi jalan2 dan singgah jap kat library awam. Selalunya bole dikatakan setiap Sabtu datang ke sini. Maklumat lanjut mengenai nya, bole KLIK kat sini..

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Jalan Kemajuan, Padang Hiliran, 
21572 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6221100/ 6220052    Fax : 09- 6221534


Pandangan hadapan bangunan
dari sisi (on the way to Jambatan Sultan Mahmud)
pandangan dari tempat letak kereta
ruang legar
sudut pameran ( model : Aimi sibuk searching)
jgk ade kafeteria, nun di sana
Pusat Bahasa Terengganu

Thursday, May 20, 2010

Bepang Pulut

Salah satu lagi makanan kudapan orang Terengganu. Bepang ni diperbuat dari pulut dan nissan (gula melaka).. rasanya rangup.

Telur...penyu

Sekarang ni, asyik citer pasal makan jer ye. Takper2.Trg ni kan kaya dgn makanan2 yg takde kat negeri lain. So, kali ni nak kenalkan dengan satu lagi yg menjadi pujaan pelancong bila mai sini. Telur...bukan sebarangan telur, telur penyu. Sedap dimakan, harga nya berpatutan dan kualiti nya fresh..banyak dijual di Pasar Payang. 

sedap dimakan setelah direbus..slurrrrrrrrpppp

Laksa Terengganu

Petang semalam, bawa Aimi jalan2 sambil ke Pasar Malam Seberang Takir. Cari punya cari apa yang perlu diisi oleh perut ni, terjumpalah dgn laksa. Tapi rupa laksa ni dgn kuah merah@masak org Trg panggil. Di dalam nya ade sedikit ulam2 , cili boh, belacan n garam. Ada jugak laksa dimakan dengan kuah putih. Kiranya ini one of the peberet aku lah..Rasa nya untuk kali ni....ermmm,bole bg 2 ** ( 2 bintang) jer la. Sebab kuah nyer sedikit pedas. Banyak tul komplen..hehehe