Thursday, April 29, 2010

Keajaiban Terengganu

Terdapat pelbagai keajaiban yang boleh dinikmati di Terengganu. Di antaranya :
i) Pantai terpanjang di Malaysia

> Pantai Batu Buruk
Haa...macam nilah lebih kurang pemandangan nya..Cantik kan?? kat pantai ni biasanya ramai  dikunjungi pada waktu petang terutamanya hari cuti seperti Jumaat.Aku pun selalu lah jugak bawa keluarga makan-makan angin kat sini.

Gambar ni dah lama, suatu ketika dulu. Masa ni umor Aimi 9 bulan..

>  Pantai Teluk Ketapang  
Pantai ni pun ramai sangat pengunjungnya. Terutama kalau yang berminat untuk menatapi makanan laut seperti sotong+ikan+udang celup tepung. Sambil2 makan, sambil menikmati keindahan alam.. dok gitu???
Cantik keindahan dariNya
Di kala senja melabuh
Perahu
Kegirangan
Ombak yang memutih
>  Pantai Batu Rakit

Kat sini satu lagi port yang boleh kita dapati kalau nak makan makanan laut yang fresh..tapi, tak berapa ramai lagi orang luar @ orang Trg sendiri yang tau tempat ni.. kat area kampung aku jugak lah ni. 

Lepas makan sotong, main layang-layang
Terbang tinggi
Kereta yang berderet, penumpangnya sedang menjamu selera la tu



Wednesday, April 28, 2010

Asal usul Terengganu

Asal Usul Nama Terengganu

    Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring anu ", dan " Terangan nu ". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".
   Sementara itu " Taring anu " dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan – "Taring anu " kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu ". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di " Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.
   Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. pertamanya kisah " Taring anu " yang berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ). Kisah ini menyatakan yang " Taring anu " berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja " taring anu tuanku ". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu.
    Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke " Terangan ni "

Tuesday, April 27, 2010

Kelahiranku..di sini

Terengganu

Permata Pantai Timur
  
Negeri seluas 12,955 km persegi dengan penduduk seramai lebih satu juta ini bersempadan dengan Kelantan di utara dan Pahang di selatan. Bandar ibu negerinya ialah Kuala Terengganu.
Persisir pantai Terengganu yang menjalar panjang, dari Besut di utara hingga ke Kemaman di selatan, dengan teluk-teluk kecil yang terlindung dan pokok-pokok kelapa yang melambai ditiup angin. Kebanyakan pantainya lebar dan melandai ke laut, dipukul ombal Laut China Selatan yang berbuih putih.
Pulau-pulau di luar pantai Terengganu yang dikelilingi air jernih dan hidupan laut membentuk sebahagian daripada taman laut yang dilindungi. Lautan yang terbentang luas, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari terbenam yang indah membolehkan pulau-pulau ini diibaratkan sebagai syurga tropika.
Terengganu kaya dengan warisan seni dan budaya yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas, seperti yang dapat dilihat daripada gerak tari lemah gemalai dan muziknya yang mengasyikkan.
Selain itu, Terengganu juga terkenal dengan industri kraftangan tradisional seperti membuat songket, batik, perhiasan tembaga dan anyaman pandan yang diwarisi sejak 2,000 tahun dahulu.
Di samping itu, jangan lepaskan peluang untuk meninjau pasar malam yang diadakan setiap malam di tempat-tempat berlainan di seluruh Terengganu. Membeli-belah di pasar malam adalah sebahagian daripada budaya hidup masyarakat tempatan. Ia juga memberi peluang kepada pelawat untuk merasai makanan dan buah-buahan tempatan.